Pages

Remember this.

Remember this.
My photo
UPM Serdang
Memperkenalkan Hari Siswi 2011 yang dianjurkan oleh Kolej Sebelas bersama-sama kolej-kolej kediaman UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, dan Majlis Kepimpinan dan Latihan Universiti-universiti Malaysia(MAKLUM), menyasarkan kepada siswi-siswi dari IPTA & IPTS seluruh Malaysia, dengan tujuan utama untuk mengutip dana bagi disalurkan ke Pusat Perlindungan Baitul Ehsan. Ayuhhh marilah datang beramai-ramai pada 15&16 Januari 2011 ini!!!!

Monday, December 27, 2010

Tips : Serangan seksual

Rogol (pencabulan) atau serangan seksual di masa kini kian menjadi-jadi tanpa mengenal usia baik dewasa mahupun kanak-kanak..


Setiap hari dalam berita,ader je kes rogol kan...Zaman skrng ni dah x kire dah,,Ayah sendiri rogol anak..Pak cik rogol anak buah..Abang rogol adik and macam2 lagi..Tu belum kire lagi yang merompak pastu merogol...bukan saje kena rogol malah kena ugut, pukul, bunuh, bakar dan macam2 lagi perbuatan yang lebih kejam dari binatang..
Beberapa tips yang di ambil dari Galeri PDRM harap dapat membantu sedikit sabanyak dalam menghindari jenayah rogol nie ye..


DAYA PENYEBAB menarik minat Si Perogol
  • melihat mangsa berseorangan dalam tempat yang sunyi
  • menerima pelawaan perogol untuk bersiar-siar, bermalam di rumahnya atau di hotel..guys, ader satu kes ni,seorang gadis telah dirogol setelah dia bersetuju untuk keluar dgn teman yang baru dikenali empat hari saje..bayangkan, empat hari saja.
  • bila si Gadis makan atau minum benda yang mengkhayalkan..
  • mereka yang terlalu mempercayakan bomoh membabi buta..
Bagaimana untuk mengelakkannya??
  • pAstikan aNda sentiasa dalam keadaan yang berteman..Elakkan jaLan berseorangan..
  • guNa laluan awam yang Ramai orang..jangan guna laluan yang dekat,tapi Gelap dan sunyi..
  • Ketika Mengunakan Pengangkutan aWam pastikan ader wanita Lain bersama..
  • pastikan anda berteman ketika memasuki lif2 kecil dan sunyi..
  • Pastikan tiada orang lain di dalam kereta ketika anda memandi bersendirian..
  • sentiasa berwaspada ketika menuju ke tempat Parkir kereta..
  • berwaspada apabila melihat orang yang mencurigakan..
  • pakailah pakaian yang sopan..pakaian yang menjolok mata menarik dan secara tak lansung merangsangkan si perogol..
  • jangan mudah terpengaruh untuk keluar bersama dengan orang yang tidak dikenali/baru dikenali..
  • eLakkan balik rumah larut malam dan berseorangan..
  • biaSakan  diri bersiar2 @berjogging dlm berkumpulan..
  • JERIT MINTA TOLONG JIKA DI GANGGU LELAKI YANG TIDAK DIKENALI..
  • gunakan kekerasan seperti mencakar, gigit, capai ape2 yang sempat dicapai dan pukul badan perogol untuk melepaskan diri..paling senang,tendang bahgian sentitif mereka..
  • lapor pada Polis dengan segera jika diganggu..
Jika Berlaku Ancaman

  • Undang-undang membenarkan hak mempertahankan diri daripada dirogol dengan menggunakan kekerasan ke atas penyerang (perogol) sehingga boleh menyebabkan luka parah atau kematian ke atasnya.
  • Bertenang dan jangan kelam kabut jika diugut atau diserang.
  • Tidak lakukan sebarang tindakan yang terburu-buru.
  • Sekiranya anda membuat keputusan untuk melawan, pastikan anda benar-benar menguasai keadaan.  Anda boleh gunakan tangan dan kaki atau sebarang benda yang ada pada anda seperti beg tangan, payung, kunci dan sebagainya untuk melawan.
  • Camkan muka dan tanda-tanda yang ada pada penjenayah itu serta pakaiannya dan juga nombor kenderaan yang digunakan.
  • Untuk membantu penyiasatan polis, anda dinasihatkan supaya tidak membasuh badan dan pakaian yang dipakai sewaktu kejadian sebelum membuat laporan polis.
Polis Cegah Jenayah Pictures, Images and Photos

SEMOGA KITA SAMA-SAMA DAPAT MENGHINDARINYA..=)
sumber berpandukan daripada:
http://galeripdrm.blogspot.com/2010/12/rogol-tips-dan-langkah-pencegahan.html

0 komen:

Post a Comment

got anything in mind.?