Pages

Remember this.

Remember this.
My photo
UPM Serdang
Memperkenalkan Hari Siswi 2011 yang dianjurkan oleh Kolej Sebelas bersama-sama kolej-kolej kediaman UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, dan Majlis Kepimpinan dan Latihan Universiti-universiti Malaysia(MAKLUM), menyasarkan kepada siswi-siswi dari IPTA & IPTS seluruh Malaysia, dengan tujuan utama untuk mengutip dana bagi disalurkan ke Pusat Perlindungan Baitul Ehsan. Ayuhhh marilah datang beramai-ramai pada 15&16 Januari 2011 ini!!!!

Thursday, December 23, 2010

Tips : Menjadi diri sendiri

Candy stand out Pictures, Images and Photos
Anda istimewa.

Belajarlah untuk menghargai diri sendiri dan belajarlah untk mengenali kekurangan dan kelebihan yang ada pada diri.

Be ur self girlss=!!!  Kita semua sama sahaja, diberi akal yang satu untuk berfikir dan menjadi manusia yang hebat!!..tak payah pandang dan puja kehebatan orang lain kerana kita juga mampu untuk jadi lebih hebat dari itu...beberapa tips yg dipinjam agar dapat dimanfaatkan bersama  <____>



1. Jadilah manusia yang berbeza--"we are different but special on our own" 
Menjadi diri  sendiri yang berbeza tetapi unik..apa yang ada pada diri kita sekarang adalah kita yang berbeza dari orang lain dan mempunyai karakter tersendiri..Ini bermakna kita mempunyai kelebihan yang tiada pada orng lain tapi dalam masa yang sama kita perlu akui yang kite juga mempunyai kekurangan yang tiada pada orang lain..Jadilah diri sendiri dan tak perlu sibuk2 tiru perangai orang lain.Kerana dirimu begitu berharga! =)

2. Merendah dirilah pada tempat yang betul..
Memang betul anda tidak sama dgn orang lain dan, mempunyai kelemahan dan kekurangan tersendiri..Oleh itu, tak perlulah gelojoh dalam membanding2 kan kelemahan diri anda dengan kelebihan orang lain..Percaya pada diri sendiri,sebab dalam kelemahan  pasti ada kekuatan yang kita belum temui..Gali lah kelebihan anda untuk menutupi kekurangan anda..
"jadilah seperti padi yang apabila ia berisi makin ia tunduk"!!

3. Belajar untuk menghargai diri sendiri
Cubalah sedaya upaya untuk berfikiran positif terhadap diri anda..Jangan sesekali cuba membenci diri anda, kerana kelak anda akan mempunyai masalah untuk menghargai diri sendiri.. Apabila terlalu memikirkan kelemahan anda, ia akan menyebabkan anda mempunyai low confident dan stress!! Jika anda tidak mampu untuk menghargai diri anda,bayangkan pula bagaimana dangan orang lain???

4. Izinkan lah diri anda untuk belajar dari kegagalan..
Standard la kawan bila rasa stress dan malu apabila gagal..setiap kali mengigatinya pelbagai perasaan yang tak best wujud dalam diri kita kan..tapi sampai bila kita nak takut untuk hadapi kegagalan..??? Jangan pernah sempitkan minda untuk menjadi manusia yang tidak pernah meletakkan perkataan gagal dalam kamus hidupnya..Girlz. hidup ini macam roda kan,kejap kita diatas dan kejap pula kita dibawah..Berhenti lah menyalahkan diri sendiri,dan berilah sedikit ruang dan peluang untuk diri sendiri perbaiki kesilapan yang telah dilakukan..

jika anda inginkan sesuatu yang belum pernah anda miliki, anda perlu bersedia melakukan sesuatu yang belum pernah anda lakukan..
 (if you want something you've never had, you must willing to do something you've never done)
 -Thomas Jefferson-

mereka yang dapat memberi tanpa mengigat dan menerima tanpa melupa,itulah orang yang ikhlas
-Author unknown-

0 komen:

Post a Comment

got anything in mind.?