Pages

Remember this.

Remember this.
My photo
UPM Serdang
Memperkenalkan Hari Siswi 2011 yang dianjurkan oleh Kolej Sebelas bersama-sama kolej-kolej kediaman UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, dan Majlis Kepimpinan dan Latihan Universiti-universiti Malaysia(MAKLUM), menyasarkan kepada siswi-siswi dari IPTA & IPTS seluruh Malaysia, dengan tujuan utama untuk mengutip dana bagi disalurkan ke Pusat Perlindungan Baitul Ehsan. Ayuhhh marilah datang beramai-ramai pada 15&16 Januari 2011 ini!!!!

Monday, December 27, 2010

cantiknya mereka yang bergelar wanita

CAnNtik nYa MerEka yang berGelar WanitA..
Wanita itu indah..Diciptakan di dunia sebaik-baik hiasan...Tangan nya  yang haLus mampu mengoncang dunia..bersyukurlah kerana dijadikan seorang wanita..sekasar mana pon seorang wanita itu,yakinlah lembutnya pasti ada...

Senang nYa untuk menjadi Cantik yG haKiki...
Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan..
Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai... 
Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, bagilah makanan
dengan mereka yang kelaparan..
Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya
dengan jemarinya setiap hari.

Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.

Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain. Perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan ada senantiasa tangan yang menghulur. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain. Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajah. Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

Sumber :  http://web.utm.my/wangi/index2.php?option=content&do_pdf=1&id=35

0 komen:

Post a Comment

got anything in mind.?